13 May 2013

Minggu Galakan Membaca












Tarikh : 15 - 19 April 2013
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : Tapak Perhimpunan SKPK Seremban

Program Galakan Membaca telah menjadi satu program yang wajib dianjurkan dalam kalendar PSS. Program ini kebiasaannya menajdi aktiviti tahunan yang diadakan pada bulan April. Program ini dianjurkan bersama PSS, Perpustakaan dan Panitia Bahasa Melayu.

Beberapa objektif Program Galakan Membaca ini diadakan bertujuan menyuburkan minat membaca di kalangan murid selain memupuk kesedaran keapda murid betapa pentingnya amalan membaca di kalangan murid. Bukan itu sahaja, program ini menggalakkan murid dan warga sekolah berkunjung ke perpustakaan  dan faham serta patuhkepada peraturan yang ditetapkan.

Sepanjang minggu ini akan diadakan pelbagai aktiviti berkaitan dengan membaca. Murid-murid akan menjalankan aktiviti membaca buku cerita yang disediakan mengikut kelas yang ditetapkan. Antara lain, terdapat aktivti lain seperti majlis pelancaran, nanyian lagu tema ; Membaca Gaya Wawasan, Pengenalan Perpustakaan oleh Pn. Halimah Nordin dan aktivtii membimbing murid membaca.

 Diharapkan program ini mampu mempupuk sedikit semangat cintakan membaca di kalangan murid-murid. Pihak sekolah turut menggalakkan ibu bapa agar meneruskan penerapan semangat membaca di rumah.
.

26 June 2012

Minggu Galakan Membaca

En Rosdi (GPK1) merasmikan Minggu Galakan Membaca
Penyampaian Hadiah Nilam - Mohd Fathi & Nor Alisa


Guru-guru menyanyikan lagu 'Membaca Gaya Wawasan'.
Aktiviti bahasa yang dikendalikan oleh Pn. Noraini dan Pn. Wong Chui Ping.


Pada 16 hingga 20 April 2012, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban telah menjayakan Minggu Galakan Membaca peringkat sekolah. Melalui program ini, murid-murid diberikan pendedahkan khusus terhadap kepentingan membaca dan secara tidak langsung memberikan penerangan yang jelas terhadap proses NILAM.

21 March 2012

Minggu Bahasa Malaysia

Pada 20 hingga 24 Februari 2012 telah diadakan minggu Bahasa Malaysia . Telah dirasmikan oleh Puan Siti Zahrah Bt Hj Ishak ( Guru Besar SKPK Seremban ) . Antara program yang dijalankan adalah perasmian , ,nyanyian lagu "Bahasa Jiwa Bangsa " dan permainan bahasa mengikut kelas masing-masing( dikelolakan oleh Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia ) .


MAJLIS PERASMIAN

NYANYIAN LAGU BAHASA JIWA BANGSA



AKTIVITI PERMAINAN BAHASA PELAJAR MASALAH PENGLIHATAN
PERMAINAN BAHASA BAGI PELAJAR MASALAH PENDENGARAN