13 May 2013

Minggu Galakan Membaca












Tarikh : 15 - 19 April 2013
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : Tapak Perhimpunan SKPK Seremban

Program Galakan Membaca telah menjadi satu program yang wajib dianjurkan dalam kalendar PSS. Program ini kebiasaannya menajdi aktiviti tahunan yang diadakan pada bulan April. Program ini dianjurkan bersama PSS, Perpustakaan dan Panitia Bahasa Melayu.

Beberapa objektif Program Galakan Membaca ini diadakan bertujuan menyuburkan minat membaca di kalangan murid selain memupuk kesedaran keapda murid betapa pentingnya amalan membaca di kalangan murid. Bukan itu sahaja, program ini menggalakkan murid dan warga sekolah berkunjung ke perpustakaan  dan faham serta patuhkepada peraturan yang ditetapkan.

Sepanjang minggu ini akan diadakan pelbagai aktiviti berkaitan dengan membaca. Murid-murid akan menjalankan aktiviti membaca buku cerita yang disediakan mengikut kelas yang ditetapkan. Antara lain, terdapat aktivti lain seperti majlis pelancaran, nanyian lagu tema ; Membaca Gaya Wawasan, Pengenalan Perpustakaan oleh Pn. Halimah Nordin dan aktivtii membimbing murid membaca.

 Diharapkan program ini mampu mempupuk sedikit semangat cintakan membaca di kalangan murid-murid. Pihak sekolah turut menggalakkan ibu bapa agar meneruskan penerapan semangat membaca di rumah.
.

0 comments: